Panduan cukai individu Malaysia

Senarai relief cukai, YA2020 hingga YA2026.

Semua relief cukai pendapatan individu dengan had LHDN bagi setiap tahun taksiran. Pilih tahun anda, claim semua yang layak, dan simpan resitnya.

Pilih tahun taksiran

Relief dan had YA2026

Had ialah jumlah maksimum yang boleh di-claim untuk setahun. Anda hanya claim jumlah sebenar yang dibelanjakan, sehingga had itu.

Apa yang berubah untuk YA2026

  • Kecacatan pembelajaran anak: naik dari RM6,000 ke RM10,000
  • Pelancongan domestik: kembali, RM1,000
  • Taska dan pusat jagaan: umur anak dinaikkan ke 12 tahun, dan pusat jagaan harian atau transit berdaftar JKM turut layak.
  • Vaksinasi: semua vaksin berdaftar dengan NPRA atau diluluskan KKM.
  • Insurans nyawa atau takaful untuk anak kini layak.
  • Relief EV turut meliputi pencincang sisa makanan dan CCTV rumah.

Individu dan keluarga

ReliefHad YA2026
Diri sendiri dan tanggunganAutomatik untuk setiap pembayar cukai individuRM9,000
Individu kurang upaya (OKU)Tambahan kepada relief diriRM7,000
Pasangan tiada pendapatan atau bayaran alimoniTaksiran bersamaRM4,000
Pasangan kurang upaya (OKU)RM6,000
Anak bawah 18 tahunSetiap anakRM2,000
Anak 18 tahun ke atas, masih belajarA-level, matrikulasi, pra-universiti, foundationRM2,000
Anak 18 tahun ke atas, pengajian tinggiDiploma ke atas di Malaysia, ijazah ke atas di luar negaraRM8,000
Anak kurang upaya (OKU)RM8,000
Anak OKU di pengajian tinggiTambahan kepada relief anak OKURM8,000
Peralatan penyusuan ibuAnak 2 tahun ke bawah, sekali setiap 2 tahunRM1,000
Yuran taska dan tadika berdaftarAnak 6 tahun ke bawah; 12 tahun ke bawah mulai YA2026RM3,000

Perubatan

ReliefHad YA2026
Perubatan ibu bapaRawatan, penjagaan dan keperluan khas; datuk nenek mulai YA2025RM8,000
Peralatan sokongan OKUUntuk diri, pasangan, anak atau ibu bapaRM6,000
Perubatan penyakit serius dan kesuburanDiri, pasangan atau anak; sub had di bawah berkongsi had iniRM10,000
↳ Pemeriksaan kesihatan penuhSub had dalam had perubatanRM1,000
↳ VaksinasiSub had dalam had perubatanRM1,000
↳ Rawatan dan pemeriksaan gigiSub had dalam had perubatanRM1,000
↳ Kecacatan pembelajaran anakSub had dalam had perubatan; anak bawah 18 tahunRM10,000

Gaya hidup, pendidikan dan sukan

ReliefHad YA2026
Yuran pendidikan sendiriKursus diiktiraf; termasuk sub had kursus peningkatan kemahiranRM7,000
Gaya hidupBuku, komputer, telefon pintar, tablet, internet dan kursus pembangunan diriRM2,500
Gaya hidup khas (komputer, telefon dan tablet)Relief tambahan zaman COVID, tamat selepas YA2022Tiada
SukanPeralatan, fasiliti dan pertandingan; gim dan latihan mulai YA2024RM1,000
Pelancongan domestikYA2020 hingga YA2022, kembali untuk YA2026 sahajaRM1,000
Kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV)Pasang, beli, sewa atau langgan untuk kegunaan sendiriRM2,500

Simpanan, insurans dan rumah

ReliefHad YA2026
KWSP dan insurans nyawa (gabungan)KWSP sehingga RM4,000, insurans nyawa atau takaful sehingga RM3,000RM7,000
PRS dan anuiti tertangguhDilanjutkan hingga YA2030RM3,000
Insurans pendidikan dan perubatanRM4,000
PERKESO (SOCSO dan EIS)RM350
SSPNSimpanan bersih tahun ituRM8,000
Faedah pinjaman rumah pertamaS&P 2025 hingga 2027; RM7,000 untuk rumah RM500,000 ke bawah, RM5,000 untuk RM500,001 hingga RM750,000RM7,000

Rebat (ditolak terus daripada cukai)

RebatJumlah
Rebat diriPendapatan bercukai RM35,000 ke bawahRM400
Rebat pasanganTaksiran bersama, pendapatan bercukai RM35,000 ke bawahRM400
Zakat dan fitrahJumlah dibayar, sehingga jumlah cukai yang dikenakanJumlah dibayar
Levi pelepasan umrah atau perjalanan agamaDua kali seumur hidupLevi dibayar

Panduan umum untuk pembayar cukai individu yang bermastautin. YA2020 hingga YA2025 disemak terhadap senarai relief LHDN bagi setiap tahun, dan YA2026 terhadap Bajet 2026 serta Borang TP1 LHDN (1/2026), pada Oktober 2026. Syarat penuh tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) Malaysia dan garis panduan LHDN.

Bandingkan

Semua tahun dalam satu jadual.

Had relief dalam RM, dari YA2020 hingga YA2026. Ruang kosong bermaksud relief itu tiada pada tahun tersebut.

Relief (RM)YA2020YA2021YA2022YA2023YA2024YA2025YA2026
Individu dan keluarga
Diri sendiri dan tanggungan9,0009,0009,0009,0009,0009,0009,000
Individu kurang upaya (OKU)6,0006,0006,0006,0006,0007,0007,000
Pasangan tiada pendapatan atau bayaran alimoni4,0004,0004,0004,0004,0004,0004,000
Pasangan kurang upaya (OKU)3,5005,0005,0005,0005,0006,0006,000
Anak bawah 18 tahun2,0002,0002,0002,0002,0002,0002,000
Anak 18 tahun ke atas, masih belajar2,0002,0002,0002,0002,0002,0002,000
Anak 18 tahun ke atas, pengajian tinggi8,0008,0008,0008,0008,0008,0008,000
Anak kurang upaya (OKU)6,0006,0006,0006,0006,0008,0008,000
Anak OKU di pengajian tinggi8,0008,0008,0008,0008,0008,0008,000
Peralatan penyusuan ibu1,0001,0001,0001,0001,0001,0001,000
Yuran taska dan tadika berdaftar3,0003,0003,0003,0003,0003,0003,000
Perubatan
Perubatan ibu bapa5,0008,0008,0008,0008,0008,0008,000
Peralatan sokongan OKU6,0006,0006,0006,0006,0006,0006,000
Perubatan penyakit serius dan kesuburan6,0008,0008,00010,00010,00010,00010,000
↳ Pemeriksaan kesihatan penuh5001,0001,0001,0001,0001,0001,000
↳ Vaksinasi1,0001,0001,0001,0001,0001,000
↳ Rawatan dan pemeriksaan gigi1,0001,0001,000
↳ Kecacatan pembelajaran anak4,0004,0006,00010,000
Gaya hidup, pendidikan dan sukan
Yuran pendidikan sendiri7,0007,0007,0007,0007,0007,0007,000
Gaya hidup2,5002,5002,5002,5002,5002,5002,500
Gaya hidup khas (komputer, telefon dan tablet)2,5002,5002,500
Sukan5005005001,0001,0001,000
Pelancongan domestik1,0001,0001,0001,000
Kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV)2,5002,5002,5002,5002,500
Simpanan, insurans dan rumah
KWSP dan insurans nyawa (gabungan)7,0007,0007,0007,0007,0007,0007,000
PRS dan anuiti tertangguh3,0003,0003,0003,0003,0003,0003,000
Insurans pendidikan dan perubatan3,0003,0003,0003,0003,0004,0004,000
PERKESO (SOCSO dan EIS)250250350350350350350
SSPN8,0008,0008,0008,0008,0008,0008,000
Faedah pinjaman rumah pertama7,0007,000

Kenapa ramai terlepas relief

Resit hilang, relief pun hilang.

Kebanyakan orang tahu relief gaya hidup dan perubatan, tetapi resitnya tidak disimpan. Klien kami hantar resit sepanjang tahun, dan team kami tandakan setiap resit yang layak relief.

  • Resit di-scan dan disimpan selama tujuh tahun
  • Setiap resit relief ditanda mengikut kategori LHDN
  • Portal klien tunjuk relief yang sudah di-claim dan baki had

Lihat servis pengurusan resit

Pelan bermula dari RM50 sebulan, termasuk resit, relief dan Borang B Dapatkan quotation

Soalan lazim

Soalan tentang relief cukai

YA tu apa?

YA bermaksud Year of Assessment atau Tahun Taksiran. YA2026 ialah pendapatan Januari hingga Disember 2026, yang di-declare dalam Borang BE atau Borang B pada tahun 2027. Pilih tahun di atas untuk lihat had relief tahun itu.

Relief dan rebat, apa bezanya?

Relief mengurangkan pendapatan yang dikenakan cukai. Rebat pula ditolak terus daripada jumlah cukai. Contohnya rebat diri RM400 untuk pendapatan bercukai RM35,000 ke bawah, dan zakat yang dibayar ditolak terus daripada cukai sehingga jumlah cukai yang dikenakan.

Boleh claim telefon dan laptop?

Boleh, di bawah relief gaya hidup sehingga RM2,500 setahun, bersama buku, langganan internet dan kursus pembangunan diri. Untuk YA2020 hingga YA2022 ada relief tambahan RM2,500 khas untuk komputer, telefon dan tablet, dan ia sudah tamat.

Keahlian gim boleh claim?

Mulai YA2024, sukan ada relief sendiri sehingga RM1,000, termasuk peralatan sukan, sewa gelanggang, yuran pertandingan, keahlian gim dan yuran latihan. Untuk YA2021 hingga YA2023, sukan ialah relief tambahan RM500. Pakaian sukan biasa tidak termasuk.

Perlu simpan resit berapa lama?

Tujuh tahun. Seksyen 82 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) Malaysia mewajibkan rekod dan resit disimpan, dan LHDN boleh minta bukti bagi setiap relief yang anda claim.

Bila tarikh akhir hantar borang?

Borang BE (pekerja tanpa pendapatan perniagaan) sebelum atau pada 30 April, dan Borang B (ada pendapatan perniagaan, termasuk ejen yang terima CP58) sebelum atau pada 30 Jun tahun berikutnya. LHDN biasanya memberi tempoh tambahan untuk e-Filing dan ia ditetapkan setiap tahun. Lihat tarikh penting cukai.

Saya ejen dan terima CP58. Relief ni sama?

Sama. Relief individu dalam senarai ini terpakai untuk semua pembayar cukai individu yang bermastautin, sama ada makan gaji atau ejen. Ejen juga boleh tolak belanja kerja yang ada resit sebelum relief dikira, dan itu biasanya penjimatan yang lebih besar. Lihat cara isi Borang B.

Panduan lain:

Mula sekarang

Biar kami cari setiap relief dalam resit anda.

Hantar resit anda dan kami tandakan yang layak, supaya anda tidak bayar cukai lebih dari sepatutnya.

WhatsApp kami