Dapat surat daripada LHDN?
Dapat notis taksiran LHDN? Jangan panik, jangan abai.
Anda ada 30 hari dari tarikh notis diterima untuk merayu. Kami semak notis anda, sediakan akaun dan dokumen sokongan, dan uruskan rayuan dengan LHDN.
Kenapa dapat notis ini
Empat sebab biasa ejen menerima notis taksiran.
Notis taksiran bukan saman. Ia kiraan cukai oleh LHDN, dan kiraan itu boleh disemak dan dirayu.
Borang B tak dihantar
Jika tax return tidak dihantar, LHDN boleh mengeluarkan taksiran anggaran berdasarkan maklumat yang ada padanya, termasuk CP58 anda.
Komisen CP58 tak sepadan
Syarikat melaporkan komisen anda. Jika jumlah yang di-declare lebih rendah daripada CP58, LHDN boleh menaksir bezanya.
Borang yang salah
Ada ejen menghantar Borang BE walaupun ada pendapatan komisen. Pendapatan perniagaan sepatutnya di-declare dalam Borang B.
Selepas audit
Jika audit mendapati belanja tidak disokong resit atau income tak di-declare penuh, LHDN mengeluarkan taksiran tambahan bersama penalti.
Apa perlu buat
Masa berjalan dari tarikh notis.
Di bawah subseksyen 99(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) Malaysia, rayuan melalui Borang Q perlu dibuat tidak lewat daripada 30 hari selepas notis taksiran diterima.
Buat sekarang
- Semak tarikh notis dan kira 30 hari dari tarikh itu
- Semak tahun taksiran dan jumlah cukai dalam notis
- Kumpul CP58, bank statement dan resit bagi tahun tersebut
- Bayar, atau berbincang dengan LHDN tentang ansuran, sebelum tarikh akhir
- Hantar gambar notis kepada kami untuk disemak
Jangan buat
- Mengabaikan notis atau menyimpannya dalam laci
- Menunggu sehingga tempoh 30 hari hampir tamat
- Menganggap rayuan menangguhkan bayaran cukai
- Menganggap jumlah itu final tanpa menyemaknya
Cukai yang ditaksir perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda merayu. Jika rayuan berjaya, lebihan bayaran di-refund.
Cara kami bantu
Tiga langkah. Selebihnya kami buat.
Soalan lazim
Soalan tentang notis taksiran
Notis taksiran tu apa?
Notis taksiran ialah notis rasmi LHDN yang menyatakan jumlah cukai yang ditaksirkan ke atas anda bagi satu tahun taksiran. Ia biasanya dikeluarkan apabila tax return tidak dihantar (taksiran anggaran) atau selepas audit mendapati income tak di-declare penuh (taksiran tambahan).
Berapa lama tempoh untuk merayu?
30 hari. Di bawah subseksyen 99(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) Malaysia, rayuan perlu dibuat melalui Borang Q tidak lewat daripada 30 hari selepas notis taksiran diterima. Rayuan mesti menyatakan alasan dan disertakan dokumen sokongan.
Tempoh 30 hari dah lepas. Masih boleh merayu?
Masih ada jalan. Anda boleh memohon lanjutan masa melalui Borang N di bawah seksyen 100 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) Malaysia, dengan menyatakan sebab kelewatan. Kelulusan tidak dijamin, jadi lebih cepat anda bertindak, lebih baik.
Kalau saya merayu, perlu bayar cukai dulu ke?
Ya. Di bawah seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) Malaysia, cukai yang ditaksir perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan walaupun rayuan sedang berjalan. Cukai yang lewat dibayar dikenakan kenaikan 10%, dan kenaikan tambahan 5% jika baki masih tidak dibayar. Jika rayuan anda berjaya, lebihan bayaran akan di-refund.
Saya tak mampu bayar sekali gus. Macam mana?
Anda boleh berbincang dengan LHDN untuk membayar secara ansuran. Ia bergantung pada kelulusan LHDN. Kami bantu sediakan permohonan dan cadangan jadual bayaran yang reasonable.
Boleh buat rayuan secara online?
Boleh, untuk kategori taksiran tertentu melalui e-Rayuan Taksiran di portal MyTax. Borang Q dan Borang N secara manual masih diterima. Pilih satu saluran sahaja untuk setiap rayuan.
Boleh ke jumlah taksiran dikurangkan?
Bergantung pada fakta dan dokumen anda. Jika taksiran anggaran lebih tinggi daripada pendapatan sebenar anda selepas tolak expenses yang layak, akaun dan resit yang lengkap boleh menyokong rayuan. Keputusan dibuat oleh LHDN, jadi kami tidak boleh menjanjikan hasilnya.
Berapa yuran untuk kes notis taksiran?
Bergantung pada kes, contohnya bilangan tahun taksiran yang terlibat dan keadaan rekod anda. Kami beri quotation selepas menyemak notis, sebelum apa-apa kerja bermula. Jika perlu berjumpa pegawai LHDN secara face to face, additional fee akan dikenakan.
Macam mana nak mula?
WhatsApp gambar notis taksiran anda kepada kami, bersama CP58 bagi tahun yang berkenaan jika ada. Kami akan beritahu tarikh akhir rayuan anda dan langkah seterusnya.
Belum dapat notis, tetapi mahu pastikan cukai anda teratur?
Page ini ialah panduan umum dan bukan nasihat untuk kes tertentu. Setiap notis perlu disemak berdasarkan fakta dan dokumen pembayar cukai.
Jangan tunggu
Hantar gambar notis anda. Kami semak tarikh akhir rayuan dahulu.
Lebih awal kami terima notis, lebih banyak masa untuk sediakan rayuan yang kukuh.
